Tuesday 8 April 2014

 

PROGRAM KETERAMPILAN MURID LELAKI  2014


 SHIVAM


~ AZAM AHIRI ZAMAN MALAS ~


 

Anjuran

 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

&

UNIT DISIPLIN

Dengan Kerjasama

UNIT HAL EHWAL MURID

 

Tarikh     : 30 April dan 1 Mei 2014

Tempat   : SJKT Mahathma Gandhi Kalasalai, Sungai Siput (U)

                   Perak Darul Ridzuan

Sasaran  : 58 Orang murid Lelaki dari tahun enam

 

Objektif Program

 


  • Supaya berlaku perubahan tingkahlaku daripada seorang murid yang kurang  berdaya saing kepada murid yang pro aktif dalam menimba ilmu pengetahuan.

  • Supaya murid-murid menjadi patuh kepada ajaran agama, taat kepada ibubapa dan menghormati guru-guru mereka.

  • Menjadikan murid-murid berwawasan dan bermotivasi tinggi dan mempunyai matlamat hidup yang positif demi kepentingan diri dan keluarga mereka.

  • Semoga dapat membendung pelbagai gejala sosial masa kini yang boleh meruntuhkan nilai-nilai kehidupan remaja masa kini.

  • Dapat membantu murid-murid yang masih kurang pegangan agama.

  • Dapat mendidik mereka ke arah pembentukan insan yang beriman dan mematuhi segala ajaran agama.

  • Membina keyakinan diri murid bahawa mereka berpotensi untuk menjadi individu dan murid yang cemerlang.

  • Memberi kesedaran, pengetahuan dan kemahiran mengendalikan aktiviti seharian yang seimbang bagi mencapai kecemerlangan diri melalui JERI.(jasmani emosi, rohani dan intelek).

  • Membimbing para murid menetapkan satu matlamat hidup untuk menghadapi masa hadapan dan menyedari serta memperbaiki segala kelemahan yang  ada pada diri mereka.

  • Meningkatkan kesedaran tentang kebolehan diri, keupayaan serta tanggungjawab dirinya sebagai individu kepada keluarga, masyarakat dan negara.


 

No comments:

Post a Comment