Thursday 17 April 2014


KERTAS KERJA MAJALAH SEKOLAH “KALASALAI OLI”

 

TAJUK  : Penerbitan majalah “ Kalasalai Oli ”
 
 
 

PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG :
 
          SJK (T) Mahathma Gandhi Kalasalai telah dirubuhkan pada tahun 14.08.1954 . Semenjak penubuhannya, sekolah telah mencapai pelbagai pencapaian dan perubahan positif yang membanggakan bukan sahaja guru dan murid yang telah berkhidmat di sekolah ini malahan seluruh masyarakat India di Sungai Siput (U) . adalah menjadi tanggungjawab dan amanah warga MGK untuk merekodkan kejayaan dan penvapaian sekolah semas supaya ianya dijadikan panduan dan motivasi kepada generasi murid yang akan datang. Ini bagi membolehkan mereka menghargai dan seterusnya bertekad untuk meneruskan kecemerlangan sekolah di dalam pelbagai bidang baru di masa hadapan.
            Dalam pada ini, SJK (T) MGK belum ada lagi majalah sekolah selepas tahun 1988. Selain itu, sekolah juga akan menyambut ulang tahun yang ke 60 (Diamond Jublee) pada 14 Ogos 2014.  Untuk sambutan ini, guru-guru sekolah khasnya bekas murid  merancang untuk mengeluarkan Majalah Sekolah. Bahan-bahan yang akan dimuatkan dalam majalah ini adalah seperti ucapan-ucapan, sejarah sekolah, karya murid, karya guru, karya bekas murid dan iklan perniagaan.
 
MATLAMAT  :
 
Matlamat  penghasilan majalah sekolah adalah untuk membolehkan pihak-pihak berkepentingan seperti KPM, JPN, PPD, para ibu dan bapa, murid-murid serta masyarakat setempat dapat mengetahui dan menghargai pencapaian-pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang di SJK (T) Mahathma Gandhi Kalasalai.
 
OBJEKTIF  :
 
1.      Meningkatkan pencapaian dalam pelbagai bidang sekolah.
2.      Melibatkan murid secara aktif dalam pelbagai aktiviti di sekolah.
3.      Panduan dan motivasi kepada guru dan murid pada masa hadapan.
 
RASIONAL  :
 
Keperluan majalah sekolah adalah untuk mengutamakan pencapaian selaras dengan matlamat dasar negara iaitu “Pencapaian Diutamakan”.
 
JAWATANKUASA INDUK :
PENASIHAT             :  EN.S.VEERAMUTHU
PENGERUSI             :  PN.U.JAYALUXMI
N.PENGERUSI 1      :  PN.V.RAJAMBAL
N.PENGERUSI 2      :  PN.AZIZAH BEGAM
PENEYLARAS          :  PN.S.SARASWATHY
P.PENYELARAS      :  PN.S.KASTHURI
BENDAHARI            :  PN.M.VIJAYALETCHUMI
N.BENDAHARI        :  PN.K.YOGESWARI
 



No comments:

Post a Comment