Sunday 19 January 2014

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SJKT MGK 2014


Unit BNK sekolah akan mengadakan suatu program motivasi untuk murid-murid tahun 5 sesi 2014.

Nama Program        : KEM CELIK MINDA

Anjuran                    : SJKT MAHATHMA GANDHI KALASALAI, SUNGAI SIPUT, PERAK

Dengan Kerjasama :  PERSATUAN BAHASA TAMIL, INSTITUT PENDIDIKAN  
                                    GURU, KAMPUS KOTA BHARU

Tarikh                       : 6, 7, dan 8 Februari 2014

Tempat                : Dewan dan Bilik Darjah sekolah SJKT MGK

 
PENGENALAN

Program Celik Minda adalah suatu program yang sering dilakukan untuk mendidik para pelajar agar dapat melengkapkan diri dengan teknik-teknik pembelajaran yang lebih berkesan dan terbaru dalam sistem pendidikan negara kita. Program ini akan memberi fokus terhadap pembelajaran kooperatif dan kaedah perancangan masa yang sesuai melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan supaya para pelajar mendapat pendedahan terhadap aktiviti-aktiviti menarik yang boleh digunakan untuk menjadikan pembelajaran mereka lebih efektif dan menarik.  

MATLAMAT
  •  Melahirkan murid-murid yang efisien dan berkebolehan dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti inovatif berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran.
  • Mewujudkan generasi muda yang boleh menyahut cabaran hidup serta mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah diri.
  • Mengorak langkah mewujudkan generasi muda yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam pendidikan di negara kita.
PENSYARAH & FASILITATOR
  • Pensyarah Penasihat Persatuan Bahasa Tamil IPG Kampus Kota Bharu iaitu En Shukri Bin Ismail akan turut datang untuk memantau aktiviti fasilitator-fasilitator dari IPG ini.
  • Guru pelatih Persatuan Bahasa Tamil IPG Kampus Kota Bharu
PESERTA

Pelajar-pelajar tahun 5 SJK(T) Mahathma Gandhi Kalasalai, Perak
 
DIMINTA SEMUA GURU-GURU DATANG DAN MEMBERI SOKONGAN UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM INI...

No comments:

Post a Comment